Sabtu pertama, menyertai kem kesihatan di sebuah pekan kecil dan mengambil bahagian di dalam senam seni 1 Malaysia..... cukup menyeronokkan.... bawa anak-anak..... seorang boleh menari dan seorang lagi di dalam gendongan.... ini lah lumrah orang bekerja... walaupun hari Sabtu, jadikan ianya suatu yang menyeronokkan agar kita tidak tertekan dengan perjalanan kehidupan yang begitu menyesakkan......
Ahad kedua, menemani sahabat yang menyertai kem kesihatan dan cuba membuat kejutan kerana hari tersebut adalah Hari Lahir beliau. Memang tidak dinafikan apabila seharusnya hari istimewa tuan punya diri tidak dapat meraikannya. Malahan terpaksa melaksanakan tugas yang diperlukan oleh rakyat dan anjuran oleh pihak yang berpengaruh kuat. Inilah pengorbanan yang perlu dipikul lantaran segala jasa dan bakti rakyat telah kami gunakan ketika kami menuntut pelajaran dahulu.
Sabtu kedua, menyertai 'walkathon' anjuran jabatan. Anak-anak dihantar kepada pengasuh. Mujur pengasuh memahami. Ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai pegawai 'oncall' yang memerlukan saya sentiasa di dalam keadaan bersedia sekiranya ada kes yang memerlukan tindakan wajar dalam bidang pergigian. Selepas balik program tersebut saya terus ke wad di mana menempatkan pesakit-pesakit pergigian untuk pemeriksaan harian. Seorang adalah pelajar SPM yang mana kami terpaksa menempatkannya untuk mengambil peperiksaan di dalam wad sehingga ke tarikh penetapan pembedahan ditentukan. Beliau mengalami kepatahan rahang ketika dalam perjalanan pulang dari 'study group' semasa membuat persiapan SPM. Seorang lagi pesakit adalah seorang wanita yang telah terlantar lama di atas katil. Beliau memerlukan perhatian yang rapi dalam penjagaan kesihatan keseluruhan termasuk di bahagian mulut.
Sabtu ketiga, menyertai kem kesihatan yang berkaitan dengan Belia Muda 1 Malaysia yang membawakan adik-adik mahasiswa daripada Universiti Utara Malaysia dan Universiti PSI. Dimeriahkan lagi daripada adik-adik dari kem PLKN. Sebelum bermula kem tersebut, saya mensasarkan diri saya agar dapat mencapai 3 sasaran utama dalam program kali ini.
1. Pemeriksaan sahaja seramai 60 orang
2. Saringan kanser mulut seramai 5 orang
3. Pembahagian buah-buahan daripada tajaan jabatan yang menganjurkan kepada semua pengunjung
4. Berus gigi dan ubat gigi diedarkan kepada pemenang-pemenang kuiz
Alhamdulillah