Sabtu pertama, menyertai kem kesihatan di sebuah pekan kecil dan mengambil bahagian di dalam senam seni 1 Malaysia..... cukup menyeronokkan.... bawa anak-anak..... seorang boleh menari dan seorang lagi di dalam gendongan.... ini lah lumrah orang bekerja... walaupun hari Sabtu, jadikan ianya suatu yang menyeronokkan agar kita tidak tertekan dengan perjalanan kehidupan yang begitu menyesakkan......
Ahad kedua, menemani sahabat yang menyertai kem kesihatan dan cuba membuat kejutan kerana hari tersebut adalah Hari Lahir beliau. Memang tidak dinafikan apabila seharusnya hari istimewa tuan punya diri tidak dapat meraikannya. Malahan terpaksa melaksanakan tugas yang diperlukan oleh rakyat dan anjuran oleh pihak yang berpengaruh kuat. Inilah pengorbanan yang perlu dipikul lantaran segala jasa dan bakti rakyat telah kami gunakan ketika kami menuntut pelajaran dahulu.
Sabtu kedua, menyertai 'walkathon' anjuran jabatan. Anak-anak dihantar kepada pengasuh. Mujur pengasuh memahami. Ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai pegawai 'oncall' yang memerlukan saya sentiasa di dalam keadaan bersedia sekiranya ada kes yang memerlukan tindakan wajar dalam bidang pergigian. Selepas balik program tersebut saya terus ke wad di mana menempatkan pesakit-pesakit pergigian untuk pemeriksaan harian. Seorang adalah pelajar SPM yang mana kami terpaksa menempatkannya untuk mengambil peperiksaan di dalam wad sehingga ke tarikh penetapan pembedahan ditentukan. Beliau mengalami kepatahan rahang ketika dalam perjalanan pulang dari 'study group' semasa membuat persiapan SPM. Seorang lagi pesakit adalah seorang wanita yang telah terlantar lama di atas katil. Beliau memerlukan perhatian yang rapi dalam penjagaan kesihatan keseluruhan termasuk di bahagian mulut.
Sabtu ketiga, menyertai kem kesihatan yang berkaitan dengan Belia Muda 1 Malaysia yang membawakan adik-adik mahasiswa daripada Universiti Utara Malaysia dan Universiti PSI. Dimeriahkan lagi daripada adik-adik dari kem PLKN. Sebelum bermula kem tersebut, saya mensasarkan diri saya agar dapat mencapai 3 sasaran utama dalam program kali ini.
1. Pemeriksaan sahaja seramai 60 orang
2. Saringan kanser mulut seramai 5 orang
3. Pembahagian buah-buahan daripada tajaan jabatan yang menganjurkan kepada semua pengunjung
4. Berus gigi dan ubat gigi diedarkan kepada pemenang-pemenang kuiz
Alhamdulillah
Friday, November 25, 2011
Saturday, October 8, 2011
Keputusan peperiksaan
Terpahat
di minda dan hampir menganggu tumpuanku pabila terkenangkan tentang perbualan
antara guru kelasku kepada ibuku. Pertemuan ibubapa sempena mengambil kad rekod
keputusanku diambil kesempatan oleh ibuku untuk berjumpa dan tertanyakan
tentang pelajaranku di sekolah. Oh ya! Lupa diterangkan kepada pembaca. Ibuku seorang
guru di sekolah yang sama semasa di sekolah rendah. Ibuku seorang yang sangat
tegas. Lebih tepat lagi sangat garang kepada anak-anak. Kenangan terpaksa
bermalam di bilik belakang rumah sambil menghafal sifir, itulah dendaku yang
paling berat. Kenangan itu takkan ku lupa sehingga kini.
“Dia
ni ada potensi, kak. Tapi, tahun ni bukan rezeki dia untuk jadi yang terbaik. Saya
terpaksa melihat yang lebih berkualiti dari segi peratusan keseluruhan” kata
guru ku di awal pertemuan.
“Tak
apa lah.... biar dia tersedar sikit tentang kebesaranNya.... tiada siapa boleh
lawan ketentuanNya” respon ibuku sambil menjeling tajam ke arah ku
“Siti,
nanti cuba lagi... kata nak jadi doktor kan....” pujuk guruku
Aku
hanya dapat menganggukkan kepala tapi diam membisu tidak terkata dek jelingan
tajam ibuku. Hebat jelingan itu menandakan bersedia untuk didenda di bilik
belakang lagi.
Pertemuan
tersebut bermula dengan keputusan peperiksaan ku bagi matapelajaran Matematik. Markah
penuh dan sebagai pelajar terbaik bagi matapelajaran ku pada setiap tahun telah
disambar orang lain. Tahun itu, orang lain yang naik ke pentas mengambil hadiah
dan aku menjadi penontonnya. Runtun hati, menangis kalbu bila melihat
seharusnya aku yang naik ke atas pentas itu mengambil hadiah yang lazimnya
untukku.
Friday, October 7, 2011
Pagi itu
Hening
dan suram pagi itu. Deringan jam loceng mengejut ku. Jarum panjang ke arah dua
belas manakala jarum pendek ke arah empat. Istighfar tiga kali menandakan
kejutan dari tiduran. Alhamdulillah berlabuh di hati tanda kesyukuran kerana
sedar dari matlamat utama.
Mula
berkira-kira untuk berwuduk. Takbir dilafaz seiring niat yang mulus. Tujuan moga
diberi petunjuk agar dapat menentukan masa depan yang diberkati. Pilihan yang
diredhai paling diimpi. Berdiri dan sujud dengan takjub di atas kebesarannya. Buntu
membuat keputusan latas lafaz doa dipanjatkan.......
“Ya
Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku
minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari
kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak
berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui bahawa
perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini baik
untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa ini dan masa
akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika Kamu
mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan
kesudahan urusanku baut masa ini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku
dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikkan untukku di mana sahaja
aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.”
Wednesday, October 5, 2011
Penyerahan kepadaNya
Ku
berpegang kepada Hadith Rasulullah yang bermaksud, “Di antara kebahagian anak
Adam ialah solat istikharah (minta pilih) daripada Allah Ta’ala dalam segala
urusannya; dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat
istikharah daripada Allah pada segala urusannya”.
Betulkah
pilihan masa depanku adalah seorang doktor? Dari mana kekuatanku tatkala setiap
kali ditanya berkaitan cita-cita, akan ku jawab dengan pantas iaitu “Doktor”. Sehubungan
itu, kedua tapak tanganku menghadap ke langit, menadah kiranya diturunkan
hidayah dan petunjuk tentang pilihan masa depan. Menangguk harapan agar mampu
diberikan kekuatan buat diri ku untuk berbakti kepada bukan sahaja bangsa dan
negara tetapi juga buat agama tercinta. Amin....
Tuesday, October 4, 2011
Bukan senang untuk mejadi orang senang
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan sudah sedia ada dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". Surah Al-Hadid, ayat 22.
Sabar menghadapi dugaan kerjaya memang memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Sedar bahawa diri seorang yang kerdil di sisiNya membuatkan diriku amat mendambakan ilmu. Bukan sahaja ilmu pergigian yang sedang dipraktikkan ketika ini. Malah, pelbagai lagi yang perlu diterokai dan diperhalusi. Ilmu sebagai seorang pemimpin. Ilmu sebagai seorang pekerja. Malahan, ilmu sebagai seorang yang cuba untuk taat dan sujud di atas keredhaanNYA. Bukan senang untuk menjadi orang senang.
Sabar menghadapi dugaan kerjaya memang memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Sedar bahawa diri seorang yang kerdil di sisiNya membuatkan diriku amat mendambakan ilmu. Bukan sahaja ilmu pergigian yang sedang dipraktikkan ketika ini. Malah, pelbagai lagi yang perlu diterokai dan diperhalusi. Ilmu sebagai seorang pemimpin. Ilmu sebagai seorang pekerja. Malahan, ilmu sebagai seorang yang cuba untuk taat dan sujud di atas keredhaanNYA. Bukan senang untuk menjadi orang senang.
Mulakan dengan Bismillah
Mulakan dengan Bismillah, setiap pekerjaan haruslah bermula Dengan Nama Allah. Itu perbezaan utama antara kerja dan kerjaya. Tanpa Bismillah, setiap kerja yang dilakukan tidak beroleh berkat.
Pengalaman lucu ketika saya melafazkan Bismillah ketika mula meletakkan alat penskaleran ke dalam mulut pesakit untuk rawatan ‘cuci gigi’ (penskaleran).
Pesakit saya terus melompat dari tempat duduknya di kerusi pergigian dan berkata, “Jangan baca doa selamat di sini. Saya hanya mahu doktor buat rawatan kepada saya. Nanti saya lambat balik sebab tunggu doktor baca doa selamat”.
Saya menjadi gelak mendengar kata-kata pesakit tersebut. “Memang betul, saya baca doa. Tetapi tuan, saya cuma baca perkataan yang bermaksud Dengan Nama Allah iaitu Tuhan Seluruh Alam. Bukan untuk baca doa selamat yang panjang. Lepas baca, saya mulakan rawatan kepada tuan.”
Alhamdulillah pesakit saya mula memahami cara kerja saya dan meminta saya meneruskan prosedur rawatan. Apabila selesai rawatan yang diberikan, pesakit tersebut berkata lagi sebelum pulang, “Syokla doktor.... tak sakit pun.... saya ingat ‘cuci gigi’ sakit. Rupa-rupanya tak sakit. Saya rasa doktor punya doa sudah makbul la.... nanti saya kasi tahu orang lain yang doktor ada baca doa supaya masa rawatan tak sakit”.
Itulah kerjaya saya sebagai seorang doktor gigi yang kerdil di sisi Allah. Syukur saya kerana dipermudahkan urusan saya dengan pesakit ini. Baru saya faham saya membuat kerja kerana ianya adalah kerjaya saya jika saya menyerahkan segalanya kepada Allah dan memulakan pekerjaan dengan Bismillah
Subscribe to:
Posts (Atom)