"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-NYA dan janganlah kami mati kecuali dalam keadaan muslim" (Surah Al-Imran:102)
Di awal penghijrahan saya di negara luar membuatkan saya berbisik kepada diri sendiri. Kuatkan semangat, Allah sentiasa bersama hambanya di mana jua kita berada. Berada di negara orang (bukan negara majoriti muslim) amat menguji kekuatan dan keutuhan diri. Dikelilingi lautan manusia yang belum mengenali Islam membuatkan saya berkobar-kobar untuk menerangkan tentang apa itu Islam. Lebih-lebih lagi dalam konteks halal dan haram dalam pengambilan makanan. Seterusnya cara saya berpakaian terutama ketika menjalankan tugas di bilik bedah. Alhamdulillah, negera saya duduki ini amat memahani keperluan saya sebagai seorang muslimah.
Kesulitan pastinya adanya lantaran kehidupan yang berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di tanah air sendiri. Saya sering bersandarkan kepada mencari kekuatan dan pertolonganNYA sepenuhnya. Bagaimana caranya? Solat..... Diriwayatkan daripada Huzaifah; "Apabila Rasulullah mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat." (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
Satu lagi hadis, riwayat Tirmizi, Nasa'i dan Hakim daripada sumber Abdullah bin Aufaa r.a. bermaksud; "Sesungguhnya sesiapa yang berhajat kepada Allah atau kepada salah seorang manusia, maka hendaklah dia berwuduk yang baik(sempurna) lalu solat dua rakaat." Inilah catu cara lagi yang saya lakukan dalam mencari kekuatan daripadaNYA.... Iaitu Solat Hajat.
Ditambahkan dalam situasi pembelajaran, menghadapi insan-insan yang kurang faham tentang Islam, contohnya selepas sesi rawatan kepada pesakit, kami dikehendaki mengisi laporan di dalam sistem perkomputeran. Namun, disebabkan kekangan masa untuk menunaikan solat, saya meninggalkannya untuk berlari menunaikan solat. Saya tahu, Allah pasti membantu insan-insan yang melengkapi solat. Tawakal kepadaNYA itu yang saya pegang kerana sabda Nabi; "Paling dekat hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkanlah doa ketika sujud. (Riwayat Muslin).
Akhirnya, saya beroleh kemudahan untuk bangun awal di waktu pagi. Datang ke klinik seawal selepas subuh dan dibenarkan memasuki klinik walaupun di hujung minggu oleh pengawal keselamatan atas sebab sudah mengenali saya sebagai seorang pelajar. Saya dapat menyiapkan tugasan laporan untuk setiap pesakit saya tanpa sebarang prejudis.

No comments:
Post a Comment