Susuk badan kelihatan di sudut bilik. Bertemankan cahaya celah-celah pintu dan tingkap, kedengaran suara esakan anak kecil. Semakin didekati semakin kuat esakanya kedengaran.... tangan kirinya menyua titisan tangisan yang hampir jatuh ke pipi.... tangan kananya memegang sebuah bingkai gambar yang memaparkan 4 orang insan termasuk dirinya.... semuanya berbaju merah....
Dia masih ingat bulan Ogos yang lalu, Mama memakaikannya sepasang baju kurung merah dan adik sepasang baju melayu merah. Mama dan Abah pun begitu.... berseri berbaju merah walaupun di pagi hari raya yang ketiga....
Abah memandu kereta menuju ke sebuah kedai. Setelah berbincang dengan tuan kedai, Abah dan Mama memilih satu pakej untuk sekeluarga.Gambar sekeluarga...
Itulah potret keluarga yang dipegang oleh anak kecil itu. Setitis air mata jatuh jua ke atas wajah Mama. Di sapunya dengan lengan panjang bajunya agar wajah Mama tidak terlindung dari titisan air mata itu, sambil bibirnya bergerak memangil; "Mama, kakak rindu mama....., Abah, kakak rindu abah..., baliklah....."
Menitis air mata seorang nenek bila mendengar tangisan anak kecil itu. Terasa menyesal di lubuk hatinya kerana memujuk adik dan kakak supaya menyimpan potret itu semasa mereka berebut untuk memegangnya. Mujur dia sempat terfikir untuk menarik si Kakak masuk ke dalam bilik itu, menyerahkan potret itu dan membiarkan anak kecil itu sendirian. Inilah hasilnya, suara rindu seorang anak kecil terhadap Mama dan Abahnya.....
Dugaan belajar jauh dari keluaraga amat memeritkan. Semangat yang kuat dan kecekalan yang tegar disamping doa kepadaNYA membuatkan saya tetap meneruskan perjuangan ini. Meninggalkan anak-anak kecil bersama Atuk dan Nenek mereka membuatkan saya boleh berasa lega kerana mereka masih mendapat belaian kasih sayang seperti yang saya terima semasa saya kecil dahulu. Cumanya, sesekali kerinduan di jiwa anak kecil jelas terpancar di wajahnya apabila saya dan suami pulang menjenguk mereka di kampung.
No comments:
Post a Comment