Sunday, February 24, 2013

Al-Ma'thurat: Penenang jiwa Penghibur lara

Subuh dihiasi kumandang azan.... membangkitkan ku dari istirehat yang indah.... bingkas membersihkan diri terus ku menyarung pakaian yang putih.... mengadap ke arah RumahNya walaupun ku tahu ianya jauh beribu batu..... itulah panduan seluruh ummah ketika menunaikan solat..... Seusai subuh, sebuah kitab kecil yang usang ditatap.... inilah kitab penenang jiwa.... inilah kitab penghibur lara.... perantauan yang jauh dari insan tercinta..... AL_MA'THURAT....

Al-Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpulkan dan disusun oleh Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Ma'thurat ini jika dibaca secara istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma'thurat ini akan merasakan perbezaan daripada hari-hari lain yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid dalan Al-Ma'thurat ini.

Bagi seorang Mukmin, masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Pada waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma'thur (yang berasal daripada Nabi SAW)


No comments:

Post a Comment